KETERANGAN RINGKAS BAHAN-BAHAN & HERBA YANG ADA DI DALAM PRODUK PERSADA NOVA BABYLON
Butea Superba
Sejarah Butea Superba
Butea Superba adalah herba yang tumbuh di Thailand bermula daripada bahagian tengah, timur barat sampailah ke bahagian utara Thailand. Tumbuhan spesis ini boleh dijumpai seperti habitat Pueraria Mirifica dan di kawasan pergunungan. Bahagian akar membesar setiap tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 15 bahan kimia seperti asid organik, sterol, sterol glycoside, flavonoid dan flavonoid glycoside. Butea Superba adalah herba yang berasal dariapda keluarga Papilonacea dan mempunyai ciriciri dahan yang menjalar dan memanjat pokok lain. Bunganya pula berwarna jingga kekuning-kuningan dan tumbuhan ini tumbuh di kawasan terbuka. Akarnya yang panjang tertanam di bawah tanah, sama seperti akar pokok keladi. Tumbuhan jenis ini membiak melalui benih dan tersebar melalui akarnya. Tumbuhan ini boleh dijumpai di hutan bahagian utara,timur, dan sepanjang wilayah Kanchanaburi, Thailand. Akar dan batang tumbuhan ini adalah ubat yang digunakan untuk meningkatkan daya tenaga dan kekuatan. Sebagai tambahan, akar dan batangnya juga boleh dikenali sebagai herba ajaib. Oleh sebab Butea Superba dapat meningkatkan kesihatan manusia.
Penyelidikan Butea Superba
Spesis : Oleh kerana penyebaran habitat tumbuhan ini, banyak kelainan telah dijumpai. Sekurangkurangnya,
tanaman ini telah dikaji dan dipilih untuk dikomersialkan dan dinamakan sebagai Butea I
dan Butea II.
Ciri-ciri : Herba ini menunjukkan hubungan rapat kimia dengan herba Pueraria Mirifica tapi bahan
Kimia sangat berbeza
Ekstrak mentah daripada herba ini menunjukkan persamaan hubungan rapat dengan pil lelaki; Viagra. Ia juga meningkatkan tenaga badan tanpa berasa gementar atau maskular atau berkenaan dengan jantung semasa perangsangan. Inilah sebab kenapa produk herba ini harus dikaji dan dipromosikan sebagai “Viagra Herba”.
Walaupun ubat kuat dikomersialkan dan menjadi produk yang sangat terkenal, ia boleh menyebabkan kesan yang bertentangan malah ada yang boleh bertambah serius dan ada yang boleh membawa maut. Dengan produk herba seperti Butea Superba, pengguna tidak perlu risau, namun
langkah berjaga-jaga harus dititik beratkan juga.
Selain itu, pengkaji telah menjumpai bahawa Butea Superba boleh dijadikan produk untuk kegunaan dalaman seperti makanan kesihatan dan untuk kegunaan luar seperti gel kosmetik
Kajian Terhadap Butea Superba
* Keberkesanan penyelidikan Butea Superba yang diambil sebagai makanan tambahan dalam penegangan zakar tidak berfungsi untuk masa 2 bulan.
* Jenis produk yang berasaskan herba iaitu Butea Superba.
* Bilangan penguji iaitu 490 orang.
* Eksperimen yang pertama menunjukkankan kesan 800 mg/hari.
* ( Purata +/1 S.D.) 40.16+/-0.81
Ujian yang telah dijalankan oleh pihak klinik ke atas produk Butea Superba
* Zakar yang senang menegang : 470 orang
* Zakar yang tegang dalam masa yang lama : 460 orang
* Bilangan pancuatan air mani : 470 orang
* Bilangan kekerapan tegangan pada zakar : 470 orang
* Bilangan kekerapan hubungan seks : 220 orang.
* Bilangan kepuasan dan keyakinan semasa
* mengadakan hubungan seks : 470 orang
PUERARIA MIRIFICA “White Kwaaw Krau”.
Apa Itu Pueraria Mirifica
Pueraria Mirifica adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea). Sekurang-kurangnya 76 sub-spesies Pueraria mirifica telah dikenal pasti secara taksinomikal di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya didapati di Asia, Australia, Afrika Utara dan Selatan, Amerika Latin dan Amerika Selatan.
Di Thailand, Ubi ajaib ini tumbuh di hutan pada ketinggian 300 m -800 m dari aras laut dan hanya didapati tumbuh di bahagian utara, barat dan timur laut sahaja, Bahagian tumbuhan ini yang paling berkualiti ialah pada bahagian akar nya yang juga merupakan Ubi pada tumbuhan ini, manakala para perkerja yang bertugas sebagai penuai pula nistilah mendapatkan latuhan khusus daripada jabatan Perhutanan, Kementerian Pertanian , Bangkok Thailand, ini bertujuan bagai mengawal kualiti ubi yang akan dijual kepada pengedar yang berlesen.
Kajian tentang Erkeologi, pengedaran dan juga penanaman Pueraria mirifica telah mula dijalankan oleh Jabatan Biologi Unirversiti Chulalongkong, Bangkok , Thailand sejak tahun 1991 lagi, dan sekarang menjadi tumbuhan kawalan di Thailand
Khasiat Pueraria Mirifica
Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.
Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.
Pueraria Mirifica menyegarkan organ dan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman.
Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.
Antara Khasiat Pueraria Mirifica :
* Menambah saiz payudara.
* Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
* Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
* Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur
* Menganjalkan kulit yang melendut.
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Melambatkan proses penuaan.
* Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
* Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
* Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing (bladder)
* Mengetatkan vagina.
* Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
* Membantu menggelapkan rambut beruban dan menggalakan pertumbuhan rambut
* Menambah tenaga dan kecergasan
CORDYCEPS
Penggunaan herba ini dikesan sejak China kuno dimana ia digunakan oleh Maharaja China. Ia digunakan untuk menguatkan dan membina semula badan terutama selepas keletihan atau setelah sakit yang lama yang selalunya dikaitkan dengan buah pinggang yang lemah. Hasil yang hebat telah dilaporkan terutama yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang terutama buah pinggang yang gagal. Mengikut kajian, cordyceps telah meningkatkan 17- hydroxycorticos-teroid dan 17-ketosteroid level (yang bertindak sebagai super-cortisone tanpa toxic. Mengikut perubatan China, masalah yang berkaitan dengan buah pinggang dapat dilihat melalui simtom kepenatan yang keterlaluan/chronic fatigue, sakit sendi dan belakang, berdenggung di telinga, pelbagai jenis masalah seksual seperti mati pucuk/impotance. Cordyceps mampu menyelesaikan masalah ini. Cordyceps ibarat team player kerana kesan yang membantu banyak bahagian di badan kita. Kajian seluruh dunia menunjukkan ia kesannya adalah luas untuk organ dalaman dan membantu membersihan darah.
* Mengikut kajian, cordyceps telah meningkatkan 17- hydroxycorticos-teroid dan 17-ketosteroid level (yang bertindak sebagai super-cortisone tanpa toxic.
* Menggunakan herba ini, pelari wanita telah 9 kali memecahkan rekod dunia (1993).
* Telah diketahui sebagai anti-cancer, anti-tumor dan anti –infective agent.
* Anti stress dan depression semulajadi
* Sebagai pembina darah – amat baik untuk anemia – kurang darah
KEBAIKAN CORDYCEPS
1. Penyelidik mendapati bahawa cordyceps mampu merendahkan tekanan darah yang terlalu tinggi, pada masa sama meningkatkan bekalan darah. Herba ini meregulasikan (menyeimbangkan) tekanan darah. Cordyceps juga mampu memperlahankan kadar denyutan jantung (heart rate), meningkatkan bekalan darah ke jantung dan arteri. Cordyceps juga menenangkan (relaks) dinding pembuluh darah (blood vessel wall) maka mengaliran darah meningkat ke jantung dan tekanan darah akan menjadi rendah kerana pembuluh darah rileks dan luas. Pada masa sama cordyceps juga membantu merendahkan kolestrol tak baik/bad cholesterol, merendahkan ketumpatan (density) lipoproteins yang biasanya berlaku pada pesakit jantung.
2. Penyelidik mendapati bahawa cordyceps membantu mengurangkan secara berkesan astma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan system respirasi/pernafasan. Cordyceps membantu menenangkan dinding bronchial pada masa sama bertindak sebagai anti-inflamasi. Ia boleh membantu melawan penyakit astma, batuk, kahak dan lain-lain penyakit system pernafasan. Cordyceps secara semulajdi membantu meningkatkan pengeluaran adrenalin dalam badan yang sememangnya penting sebagai anti-asthma effek. Adrenaline yang rendah akan menyebabkan stress dan eczema dan lain-lain penyakin kulit.
3. Penyelidik juga mendapati bahawa cordycept mampu memperbaharui kemampuan tenaga seks lelaki. Komponen-komponen dalam herba ini bertindak dengan berkesan ke atas hormone lelaki terutama dalam memberikan kembali fungsi tenaga muda dan stamina.
4. Cordyceps juga membantu meningkatkan tahap tenaga. Malah, cordyceps mempunyai kemampuan untuk meningkatkan adreanaline.
5. Penyelidik mendapati cordyceps adalah herba anti-aging/anti penuaan yang luar biasa. Cordyceps membantu menghalang pembentukan lipid “peroxides (free radical penggalak umur/age -inducing yang berbahaya) dan menghalang pembentukan lain-lain free radical di dalam otak. Cordyceps menyediakan perlindungan yang signifikan dalam melawan pencemaran yang berlaku di dalam persekitaran kita terutama pencemaran makanan dan air.
6. Penyelidik mendapati cordyceps membantu meregulasikan/menyeimbangkan gula dalam darah. Herba ini amat membantu dalam melawan penyakit diabetes/kencing manis.
7. Cordyceps membantu dalam memperbaiki ingatan dan mampu meningkatkan mood mala menajamkan minda. Ia juga mempunyai kesan rileks semulajadi disebabkan oleh komponen acid amono, glutamic acid, tyrosine dan L-typtophan. Herba ini amat berpotensi dan memberi faedah dalam mengurangkan dan mengatasi depresi /tekanan kerana ia secara semulajadi menghalang monoamine oxidase di dalam otak tanpa ada kesan sampingan seperti ubat moden. Ia adalah herba semulajadi yang membantu meregulasikan tindakan biokimia di dalam otak tanpa kesan sampingan dan telah terbukti.
8. Cordyceps membantu menyerap lain-lain nutrin/zat/vitamin dengan lebih berkesan dan effectif. Bila cordyceps di makan secara kerap dan tetap, kita lebih mampu menyerap vitamin dan nutrin dari pemakanan harian kita.
9. Cordyceps juga pembina darah (blood builder) dan mencuci darah (build purifier) yang hebat. Kajian mendapat bahawa ia mampu menbantu penyakit anemia kerana kemampuannya untuk membentuk tulang/bone marrow dan pengiraan platet/platet count. Herba ini juga signifikan dalam membantu menormalkan arrhythmia (ketidak stabilan rentak jantung/irregular heart beats) dan membantu pengaliran darah/blood flow ke jantung. Malah pesakit kronik hepatitis B mendapati estrak herba ini membantu meningkatkan tahap albumin dalam darah juga mambantu memperbaiki hati\liver dan metabolisma protin. Lain kajian juga mendapati bahawa cordyceps juga merendahkan tahap kolestrol dan tahap triglyceride.
TIAN Qi
Tian Qi atau San Qi, adalah akar dari Panaxnotoginseng yang merupakan keluarga terdekat Ginseng. Tian Qi mempunyai bau seperti ginseng dan biasanya tumbuh di daerah Selatan Cina. Tian Qi mampu meningkatkan kadar pengaliran darah peda koroner arteri, menambah kandungan oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh otot jantung, meghilangkan bengkak akibat terjatuh, merawat kecederaan pada tisu lembut,membantu menghentikan pendarahan juga dapat melancarkan darah beku.
Tian Qi Juga digunakan rawatan angina pectoris, Angina pektoris (Bahasa Latin untuk “penyempitan dada”) adalah akibat dari kurangnya bekalan oksigen ke otot jantung, kerana berkurangnya aliran darah di sekitar pembuluh darah jantung. Kurangnya oksigen ke jantung dikenali sebagai iskemi miokard. Angina pektoris adalah gejala yang umum iskemia miokard (sakit dada). Individu yang mengalami masaalah saluran sauran darah jantung tersumbat (Coronary Artery Disease) merupakan mangsa yang paling berisiko untuk mengalami angina.
Coenzym Q-10
Coenzym Q-10
Coenzyme Q-10 sejenis substansi seperti vitamin yang terdapat di semua bagian tubuh yang merupakan anti oksidan yang sangat kuat. Coenzyme Q-10 adalah ‘Pencetus’ yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan.Coenzyme Q-10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q-10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Oleh yang demikian, fungsi-fungsi sel akan gagal akibat kekurangan nutrien yang penting ini.
Coenzyme Q-10 sangat membantu untuk penderita alergi, asma, atau penyakit yang berhubungan dengan pernafasan, juga penting untuk melawan obesiti, diabetes, mencegah kardiovaskuler (masalah jantung)
Kandungan Coenzyme Q-10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dsb mula dirasai. (Sila rujuk kembali kegunaan Coenzyme Q10).
Ada kajian yang mendapati kandungan bahan ini di dalam badan orang yang mengamalkan vegetarian adalah lebih tinggi.
Kelebihan Coenzyme Q-10 Yang Luar Biasa
Kelebihan Coenzyme Q-10 Yang Luar Biasa
1.Peningkatan Tenaga
* Laporan maklumbalas bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan waktu tidur. Ini disebabkan fungsi Coenzyme Q10 yang dapat memproseskan tenaga dan memanfaatkan oksigen di antara setiap sel dalam badan kita.
2.Pencegahan Penyakit Jantung
* Kajian dari Jepun telah membuktikan bahawa Coenzyme Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan tenaga, dimana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung. Coenzyme Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung valvuler, angina pectoris, penyumbatan arteri koronari dan infeksi miokardial.
* Penyelidikan di Jepun juga telah membuktikan bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di antara pesakit darah tinggi. Salah satu penemuan terbaru yang paling menarik seolah-olah tiada penamat kepada keistimewaan Coenzyme Q10 ialah keupayaannya untuk melindungi fungsi-fungsi tubuh dan organ ketika melalui kaedah pembedahan.
Keajaiban Coenzyme Q10 dalam jantung
Impedance Cardiography adalah teknik perubatan terbaru untuk mengukur kecekapan jantung mengepam darah. Dr. Carl FOrker, Pengarah Institut Kajian Biokimia di University of Texas serta pasukan penyelidiknya menetapkan purata jantung sihat mengepam 7.28 liter darah seminit. Pasukan penyelidik Dr. Forker menjalankan satu ujian terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jantung serius dan secara purata jantung mereka mengepam hanya 2.72 liter darah seminit. Selepas kumpulan ini mengambil Coenzyme Q10 untuk beberapa bulan, puratanya meningkat kepada 3.385 liter seminit. Peningkatan 24% tanpa sebarang bentuk rawatan lain.
3. Memanjangkan Jangka Hidup/Hayat
* Coenzyme Q10 dapat memanjangkan jangka hidup sebanyak 65% ke atas haiwan yang diuji di makmal disamping mengekalkan kesihatan dan penampilannya. Oleh itu, Coenzyme Q10 adalah satu-satunuya teknik praktikal terkini yang dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlah wajah yang muda.
4. Penyakit Gusi/Periodontal
* Pengambilan Coenzyme Q10 dengan ketaranya dapat mengurangkan penyakit tisu gusi, di mana Coenzyme Q10 dapat melambatkan proses yang menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi juga menyebabkan kehilangan gigi di kalangan orang dewasa berbanding dengan penyakit gigi yang lain. Didapati bahawa satu dari setiap 4 orang kehilangan gigi mereka akibat penyakit gusi sbeelum mereka mencapai umur 60tahun.
5. Peningkatan Sistem Immunisasi Tubuh
* Sistem immunisasi yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasasama berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit.
Kebanyakan kesan penuaan juga boleh dikaitkan kepada kegagalan sistem immunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi sistem immunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan membekalkan Coenzyme Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem immunisasi di usia yang semakin lanjut dimana potensi sistem immunisasi menurun dengan cepat, kita bukan saja boleh melanjutkan kualiti hidup tetapi kuantitinya juga.
6. Penurunan Berat Badan
* Secara semulajadi, apabila anda meningkatkan metabolisme melalui senaman dan juga akan meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses ini, simpanan lemak berkurangan dan terbukti secara jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi dengan bantuan Coenzyme Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan menambahkan Coenzyme Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan kira-kira 50% Coenzyme Q10 dalam tubuh mereka
SERBUK MUTIARA
* Serbuk Mutiara Memelihara Kulit Supaya Bersih dan Licin menjadikan kulit halus dan berseri-seri.
* Serbuk mutiara dipercayai memberi kesan yang menakjubkan ke atas kulit. Tabib Di Raja Di Istana Maharaja China telah penemuan menakjubkan ini apabila mereka menggunakan serbuk mutiara pada Maharani dan para penghuni Istana 4000 tahun yang lepas.
* Rahsia kecantikan serbuk mutiara ini telah diturunkan daripada generasi ke generasi dan digunakan secara meluas dalam masyarakat cina.
* Hanya serbuk mutiara mempunyai kombinasi semulajadi yang unik dan mempunyai mineral, apabila digunakan, ia menjadikan kulit licin, lembut dan gebu.
* Serbuk mutiara menghalng pigmentasi dengan melanbatkan perkembangan melanin yang mengawal warna pigmentasi kulit. Serbuk mutiara memelihara kulit supaya bersih dan licin menjadikan kulit lebih halus dan berseri-seri.
* Serbuk mutiara menapis sinaran matahari dan pakar China menyatakan bahawa mutiara boleh menbaiki kerosakan akibat sinaran matahari.
* Serbuk mutiara mengandungi 20-22 asid amino dan galian. Serbuk mutiara mengandungi pelembab semulajadi, protein yang membaiki sel kulit, vitamin B dan polysaccharides yang menguatkan atot dan metabolism.
Fungsi
1. Serbuk mutiara digunakan berabad-abad lamanya untuk kecantikan kulit, kelihatan muda sperti remaja, licin dan melawan kedutan pada kulit.
2. Mengandungi kalsium karbonat yang menguatkan tulang, otot dan tulang.
3. Mengurangkan kecacatan kulit dan membina semula kesihatan.
AKAR LALANG (CYLINDRICAL IMPERATA)
Khasiat Akar Lalang
Bahan herba yang kurang dikenali ini berguna untuk meningkatkan tenaga batin. Ia di gunakan secara tradisional dengan mencampurkan akar lalang ini dengan beberapa bahan lain lalu direbus dan meminum airnya dengan tujuan untuk menghasilkan tenaga batin yang kuat, ampuh dan bertahan lama.
Akar lalang yang mengandungi sumber gula juga digunakan untuk masalah kencing tidak lawas, merawat sengal-sengal tulang dan otot-otot. Ada pihak yang mendakwa ia mampu menjadi penawar kepada kencing bernanah, Sipilis dan buah pinggang dengan meminum air rebusan lalang berterusan mengikut peraturan yang disyorkan.
KHASIAT LAIN – Akarnya digunakan untuk :
* Mengubati bengkak pada bahagian bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar.
* Meredakan rasa tidak selera perut aibat terlalu penuh atau angin tidak keluar
* Meredakan batuk dengan dicampurkan bahan-bahan lain seperti madu dan daun pudina.
• Menurut kajian – Batang lalang digunakan untuk :
* tonik dan sebagai bahan pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta meningkatkanaliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.
* Menurut kajian dilakukan oleh ahli sains – lalang boleh digunakan untuk mengatasi masala tekanan darah tinggi, mencegah pembengkakan otot, mengurangkan demam serta dijadikan ebagai anti-virus dan anti-kulat.
* Lalang juga digunakan untuk mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan send.